[21/06/2020] BHEP Mempersiapsiagakan Kakitangannya Bagi Membantu Membaikpulih Kenderaan | Student Affairs Division
» NEWS » [21/06/2020] BHEP mempersiapsiagakan kakitangannya bagi membantu membaikpulih kenderaan

[21/06/2020] BHEP mempersiapsiagakan kakitangannya bagi membantu membaikpulih kenderaan

21 Jun 2020, UPM Serdang – Sebanyak 29 buah kenderaan pelajar dibaik pulih sepanjang tempoh kebenaran pelajar pulang kampus untuk mengambil kenderaan dan barangan peribadi pada 15 hingga 20 Jun 2020.

Dalam tempoh ini, BHEP mengambil inisiatif mempersiapsiagakan kakitangannya bagi membantu membaikpulih kenderaan pelajar yang ditinggalkan di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020. Tugas membaikpulih ini diketuai oleh Penolong Jurutera BHEP, Tuan Arkhan Tuan Yacob dengan dibantu oleh 4 orang lagi staf BHEP dan seorang pemandu.

Antara kerosakan utama yang berjaya dibaikpulih adalah berkaitan bateri dan tayar pancit. Pelajar yang terlibat menzahirkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada BHEP atas inisiatif ini serta semua kakitangan yang terlibat demi memastikan mereka dapat balik semula ke kampung halaman masing-masing dengan kenderaan yang selamat.

Date of Input: 30/06/2020 | Updated: 05/08/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEQPA3~