BHEP ANJUR BENGKEL PENULISAN BERITA DAN ARTIKEL | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP ANJUR BENGKEL PENULISAN BERITA DAN ARTIKEL

BHEP ANJUR BENGKEL PENULISAN BERITA DAN ARTIKEL

SERDANG, 14 Julai – Bengkel Penulisan Berita dan Artikel anjuran Bahagian Hal Ehwal (BHEP) telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 61 orang peserta dalam kalangan pegawai dan staf sokongan semua entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).
 
 
Bengkel ini dikendalikan oleh En. Mohammad Nazry Hisham, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat & Pengurusan Majlis, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM.
 
 
En. Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar ketika menyampaikan kata alu-aluan berkata, penganjuran Bengkel ini bertujuan untuk menggilap kemahiran penulisan setiap peserta khususnya dalam mempertingkatkan keterlihatan entiti masing-masing menerusi laman web dan media sosial yang sekali gus akan turut melonjakkan keterlihatan universiti.
 
“Realitinya, semua Pusat Tanggungjawab mempunyai banyak nilai berita dalam setiap aktiviti organisasi masing-masing, namun pasti kurang mendatangkan impak sekiranya tidak disebarkan dengan gaya hebahan yang menarik. Persekitaran kerja hari ini memerlukan kreativiti dalam mempersembahkan setiap aktiviti kepada perhatian umum” tambah beliau.
 
Meski pun penganjuran Bengkel ini dilaksanakan secara dalam talian, ianya tetap berjaya menarik tumpuan setiap peserta dengan pelbagai input yang relevan dan signifikan merangkumi jenis-jenis berita, kategori berita, sudut pemberitaan, komponen utama pemberitaan dan banyak lagi.
 
 
Sementara itu, salah seorang peserta Bengkel, En. Bukryman Sabri berkata, penganjuran Bengkel penulisan berita dan artikel ini adalah amat baik. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sahabat Masjid UPM turut mencadangkan supaya pihak penganjur memperluaskan penyertaan dalam kalangan pelajar universiti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi mereka sebagai sebahagian daripada kemahiran insaniah.

Date of Input: 20/07/2021 | Updated: 20/07/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZHAk~