BHEP ANJUR BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH BULANAN | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP ANJUR BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH BULANAN

BHEP ANJUR BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH BULANAN

SERDANG, 24 September – Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tazkirah Bulanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah dilaksanakan pada jam 9.00 pagi melalui platform google meet. Majlis penuh keberkatan ini diketuai oleh Ustaz Nuruliman Ibrahim merangkap Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KBHEP) dan dihadiri oleh warga BHEP yang beragama Islam.

 

Majlis yang diadakan secara bulanan ini bertujuan untuk memupuk rasa kehambaan dan ketaqwaan sebagai umat Islam di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga BHEP.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin bagi menyedekahkan pahala bacaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya, para sahabatnya dan kepada ahli keluarga warga BHEP yang telah kembali ke Rahmatullah. 

 

Selesai bacaan Yassin, seterusnya KBHEP menyampaikan tazkirah ringkas kepada warga tentang SYUKUR dan IHSAN. Tazkirah tersebut mengigatkan kepada warga BHEP bahawa kita perlu bersyukur kerana masih bernafas hingga ke hari ini dan juga nikmat kesihatan yang berpanjangan. Dengan asbab tersebut kita akan diberikan nikmat yang tidak terhingga.

 

Pada tazkirah tersebut juga KBHEP menekankan perkara IHSAN iaitu berbuat IHSAN kepada makhluk bermaksud kita berbuat baik pada diri sendiri, manakala berbuat buruk pada makhluk bermaksund kita berbuat buruk kepada diri sendiri. Setiap tindakan yang kita lakukan sama ada baik atau buruk akan mendapat balasan daripada Allah. Dengan IHSAN juga mengajar kita untuk berbuat baik dengan tetamu dan jiran.

 

Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah.

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUTAb~