Berbasikal Semarak Nilai Kenegaraan | Student Affairs Division
» NEWS » Berbasikal Semarak Nilai Kenegaraan

Berbasikal Semarak Nilai Kenegaraan

PUTRAJAYA: Warga UPM berbasikal sejauh lebih 30 kilometer dari Bangunan Canselori Putra UPM ke Monumen Alaf Baru, Putrajaya dalam program Kayuhan Hari Malaysia UPM 2020 sempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2020. Kayuhan 80 basikal ini disertai oleh Naib Canselor, Y.Bhg. Profesor Dr Mohd Roslan bin Sulaiman serta pegawai-pegawai, pelajar dan ahli keluarga warga UPM dengan flag-off pada jam 7.50 pagi oleh Pengerusi Jemaah Pengetua yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Amini Amir Abdullah.

Dalam program ini, peserta kayuhan singgah dan berehat sambil mengabdikan memori di tiga check-point yang mempunyai nilai kenegaraan iaitu Dataran Pahlawan Negara, Dataran Putra / Bangunan Jabatan Perdana Menteri dan Monumen Alaf Baru. Edisi kali ini amat istimewa kerana julung kalinya UPM menyemarakkan semangat Hari Malaysia dengan kayuhan melibatkan paling ramai peserta ke lokasi luar kampus bersama-sama Naib Canselor.

Program kayuhan ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, UPM Cycling Club, D'Putra Cycling Team serta sokongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia dan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Semua peserta selamat kembali ke Bangunan Canselori Putra UPM dan program selesai pada jam 12.30 tengahari.

Date of Input: 22/09/2020 | Updated: 22/09/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdHA5~