BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAMPUS INKLUSIF OKU UPM | Student Affairs Division
» NEWS » BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAMPUS INKLUSIF OKU UPM

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAMPUS INKLUSIF OKU UPM

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAMPUS INKLUSIF OKU UPM

UPM, 18 Mac 2021 - Professor Dr. Arifin Abdu dalam ucapan penutup Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Kampus Inklusif OKU menyatakan bahawa UPM akan berusaha memberi bantuan yang diperlukan oleh OKU.

Bertepatan dengan konsep UPM prihatin dan motto Berilmu Berbakti, bengkel berkenaan yang telah diadakan selama tiga hari berkenaan bermula 16 hingga 18 Mac 2021 adalah bertujuan melihat dan menyediakan keperluan OKU dalam tiga aspek utama;

1) Sokongan Fizikal: Infrastruktur dan kemudahan peralatan.
2) Sokongan Akademik: kemasukan, pengajaran dan pembelajaran.
3) Sokongan Sosial: Persekitaran dan perkhidmatan

Hasil daripada bengkel berkenaan akan digunakan bagi merangka pelbagai strategi tindakan dan dapat menyediakan keperluan OKU disetiap pusat tanggungjawab yang terlibat secara berperingkat dengan kaedah yang betul serta memenuhi keperluan pelajar dan pekerja di UPM.

Semoga segala hasil perbincangan dan idea yang dicurah sepanjang bengkel menjadi penyambung tradisi UPM yang sentiasa memelihara kebajikan warganya.

Date of Input: 13/04/2021 | Updated: 13/04/2021 | adidi

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1VMDRxF:17:49