Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Aktiviti Pelajar & Kewangan Pelajar | Student Affairs Division
» NEWS » Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Aktiviti Pelajar & Kewangan Pelajar

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Aktiviti Pelajar & Kewangan Pelajar

 
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Aktiviti Pelajar & Kewangan Pelajar
 
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Kelulusan Aktiviti Pelajar & Kewangan Pelajar telah diadakan pada 13 Mei 2023 bertempat di Foyer Dewan Taklimat Serdang UPM. Bengkel ini merupakan sesi kedua anjuran Seksyen Pemerkasaan Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar di mana sesi pertama telah diadakan pada 31 Mac 2023 – 1 April 2023 di Dorsett Putrajaya.
 
Bengkel ini melibatkan pengurusan tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej dan Persatuan Mahasiswa Fakulti yang akan dipertanggungjawab dalam mengurus kelulusan aktiviti pelajar serta kewangan pelajar.
 
Antara hasil positif yang diperolehi daripada bengkel tersebut ialah pengumpulan idea-idea baru yang akan dijadikan rujukan dan panduan serta penambahbaikan bagi garis panduan yang telah ditetapkan.

Date of Input: 19/05/2023 | Updated: 19/05/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUNAH~