Bantuan Makanan Kepada Pelajar UPM Oleh Tabung Amal PAUPM – SURIA FOUNDATION | Student Affairs Division
» NEWS » Bantuan makanan kepada pelajar UPM oleh Tabung Amal PAUPM – SURIA FOUNDATION

Bantuan makanan kepada pelajar UPM oleh Tabung Amal PAUPM – SURIA FOUNDATION

SERDANG, 4 September – Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia dan Yayasan Suria Foundation dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah melancarkan program agihan makanan tengahari kepada 40 orang pelajar daripada golongan asnaf dan miskin Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari   berkata, matlamat utama penubuhan Tabung Amal PAUPM – SURIA FOUNDATION adalah untuk membantu para pelajar UPM yang kurang berkemampuan. 

 

“Bilangan penerima bantuan makanan percuma ini akan ditambah secara berperingkat bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar menerima manfaat daripada program ini.

 

“Program ini telah menarik perhatian dan penglibatan ahli-ahli Persatuan Alumni UPM dengan memberikan sumbangan sebagai tanda sokongan kepada Tabung Amal PAUPM – SURIA FOUNDATION selain mendapat penajaan daripada syarikat Perniagaan Daya Murni,” katanya semasa sidang media Majlis Bersama Ikon Alumni di sini.

Diharapkan dengan adanya bantuan seperti ini akan dapat membantu meringan beban pelajar dan memboleh mereka memberi tumpuan kepada bidang akademik.

 

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdUAG~