Ambang Merdeka Disambut Penuh Kesederhanaan | Student Affairs Division
» NEWS » Ambang Merdeka Disambut Penuh Kesederhanaan

Ambang Merdeka Disambut Penuh Kesederhanaan

UPM Serdang: Sambutan Ambang Merdeka 2020 UPM disambut dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah sempena Hari Kebangsaan ke 63 pada 31 Ogos di Astaka Seni, UPM. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) selaku penganjur memastikan semua tetamu yang hadir mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan memandangkan ketika ini negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada wira-wira negara yang berjuang demi kemerdekaan negara kita. Beliau meminta semua warga UPM khususnya pelajar agar mengenang jasa mereka sepanjang zaman sekaligus mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini. Menurutnya lagi, generasi kini pula harus bersatu dan berjuang untuk memerdekakan negara dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Tanpa kerjasama dan sokongan semua lapisan masyarakat, agak sukar untuk kerajaan membendung wabak merbahaya ini.

 

Ambang Merdeka UPM dimulakan dengan konvoi berbasikal yang turut disertai oleh Y.Bhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman serta Kelab Basikal UPM mengelilingi kampus dengan membawa Jalur Gemilang. Jalur Gemilang ini kemudiannya diserahkan kepada Pasukan PALAPES UPM untuk upacara menaikkan bendera sebagai simbolik sambutan kemerdekaan.

Program ini turut menyaksikan beberapa persembahan istimewa daripada pegawai kanan entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, antaranya daripada Puan Noorizai Mohd Nor, Encik Husalshah Rizal Hussian serta Encik Fahmi Azar Mistar.

Ambang Merdeka kali ini adalah program terakhir Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) kerana beliau akan memulakan tugas sebagai Naib Canselor UPM berkuatkuasa 1 September 2020.

Date of Input: 08/09/2020 | Updated: 08/09/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZJA4~