[18/06/2020] Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020 Terima Kunci Pejabat Operasi Ke Lokasi Baharu | Student Affairs Division
» NEWS » [18/06/2020] Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020 Terima Kunci Pejabat Operasi Ke Lokasi Baharu

[18/06/2020] Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020 Terima Kunci Pejabat Operasi Ke Lokasi Baharu

Serdang, 18 Jun – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2019/2020 menerima kunci Pejabat Operasi ke lokasi baharu yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di aras bawah, Kompleks Mahasiswa yang dahulunya adalah Pejabat Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bermula 1 Julai 2020 .

Pemberian pejabat ini adalah atas dasar keperihatinan pengurusan menyediakan ruang yang lebih selesa dan kondusif kepada pemimpin pelajar serta memudahkan pelajar untuk berurusan dengan mereka.

Ruang Pejabat MPP lama akan diguna pakai oleh semua persatuan tidak berkredit yang akan diurus selia oleh MPP UPM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) sempat meninjau ruang Food bank UPM dan Bilik Persatuan Pelajar sedang dinaiktaraf dan dalam proses baik pulih untuk keselesaan pelajar dan dijangka dapat diguna pakai apabila sesi pengajian bermula nanti.

Date of Input: 23/06/2020 | Updated: 05/08/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETOAw~