[05/02/2020] Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama | Student Affairs Division
» NEWS » [05/02/2020] Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama

[05/02/2020] Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama

UPM Serdang, 5 Feb - Seramai 5 orang mahasiswa Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Pengkhususan Bahasa Arab dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia telah menyertai program Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama pada 3 hingga 6 Februari 2020 yang bertempat di Pusat Belia Bandar Seri Begawan, Brunei.

5 orang mahasiswa ini terdiri daripada seorang pelajar tahun satu iaitu Saidatul Aisyah Lubis binti Abdul Malek, tiga orang pelajar tahun dua iaitu Muhamad Iqmal Hakif bin Mohd Asri, Aida Nasuha binti Shaharudin Amiran, dan Nurul Ilya Maisarah binti Maskuri serta seorang pelajar tahun tiga iaitu Muhamad Izzuddin bin Abd Ghani @ Md Yunus

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mencipta persekitaran bahasa Arab yang kondusif serta membuka peluang dan ruang kepada para peserta untuk berinteraksi dalam bahasa Arab sesama mereka. Selain itu, menggalakkan para peserta untuk menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa harian mereka di kampus.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah pertandingan mencipta logo dan slogan, pertandingan lakonan, permainan bahasa, explorace dan beriadah.

Program Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama ini bukan sahaja disertai mahasiswa dari negara Brunei dan Malaysia, bahkan mahasiswa dari negara Indonesia, Thailand dan Filipina juga turut menyertainya. Ini membuktikan bahawa sesuatu bahasa itu dapat menyatukan dan menghimpunkan pelbagai bangsa dan negara sekaligus dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Di samping itu, program perkhemahan ini juga merupakan program anjuran kali pertama oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Kedutaan Oman di negara Brunei Darussalam

 

Sesi bergambar bersama Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Saudara Izzuddin selaku pengerusi Kelab Debat Bahasa Arab UPM telah menerima cenderahati wakil pengiring daripada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

Saudara Izzuddin selaku pengerusi Kelab Debat Bahasa Arab UPM telah menerima sijil penyertaan Perkhemahan Bahasa Arab Serantau Kali Pertama di Brunei daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari.

 

Semoga hasil daripada program perkhemahan ini dapat membantu para peserta untuk meningkatkan keberanian mereka dalam menuturkan bahasa Arab kerana untuk mahir dalam sesuatu bahasa itu mereka perlu rajin menuturkannya setiap hari.

 

Oleh: Nurul Ilya Maisarah binti Maskuri

Date of Input: 18/02/2020 | Updated: 05/08/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W1VMDTkj:19:36