Program BHEP Read@Uni 2023 | Student Affairs Division
» ABOUT US » Read@Uni » Program BHEP Read@Uni 2023

Program BHEP Read@Uni 2023

Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Teknologi Automotif bersama Encik Tuan Arkhan Tuan Yacob

17 APRIL 2023

 

buku tersebut merupakan buku asas bagi sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bidang automotif. Buku tersebut mengandungi 18 bab dan mengandungi pengenalan tentang bahagian-bahagian kereta berserta fungsi-fungsinya. Selain penerangan buku daripada Encik Tuan Arkhan yang memang mahir dalam penyelenggaraan kereta, beliau juga berkongsi tentang cara-cara pengendalian kereta ketika kereta mengalami kerosakan dan persediaan yang perlu ketika perjalanan jauh.

 

 

Program Read@Uni BHEP: Anak Kampung Melakar Sejarah

3 APRIL 2023

 

SINOPSIS BUKU ANAK KAMPUNG MELAKAR SEJARAH

Buku Anak Kampung Melakar Sejarah ini merupakan sebuah buku motivasi yang berdasarkan kepada kisah kehidupan yang telah dilalui oleh penulis. Naratif penceritaan yang terkandung didalam buku ini adalah sejarah kehidupan yang telah ditempuh oleh penulis bermula dari zaman persekolahan sehinggalah ke hari ini.

 

 

Program Read@Uni BHEP: Kaedah Menulis Surat Rasmi

13 MAC 2023

 

Read@Uni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengadakan perkongsian kaedah menulis surat rasmi yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar sendiri, Encik Nuruliman Ibrahim.
Bagi menyahut seruan universiti dalam mencapai perkhidmatan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan maka inisiatif ini dibuat untuk kali kedua di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Semoga aktiviti seumpama ini mampu meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

 

Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku bersama Dr. Abdul Hadi Samsi

20 FEBRUARI 2023

 

 

    

 

    

SINOPSIS BUKU ALAM & BUDAYA (PUISI WARISAN DUNIA  NIAH)

Buku Alam & Budaya Puisi Warisan Dunia Niah mengandungi puisi dalam bahasa melayu dan bahasa-bahasa lain dan setiap puisi telah diterjemahkan ke bahasa inggeris. Puisi ini dinukil oleh para penyair yang menyertai Festival Puisi Warisan Antarabangsa di Taman Negara Niah, Sarawak, dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak. Para Peserta terdiri daripada penyair Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, United Kingdom, Rusia, China, dan Korea Selatan.

Buku ini adalah coretan perasaan dan fikiran penyair yang menyentuh sejarah dan warisan budaya serta warisan alam semula jadi di Niah. Untuk mengekpresi perasaan yang dirakamkan dalam puisi, maka ia dihiasi dengan gambar yang sedapat mungkin menunjukkan kepersisan latar belakang, suasana maupun tema puisi. Oleh itu, buku ini menjadi dimensi baru dalam mengungkapkan perkaitan di antara warisan budaya dengan warisan semula jadi di Niah, satu tapak arkeologi dan taman negara yang masyhur di dunia.

Updated:: 08/05/2023 [azhar.mahdzir]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 6075
+603-9769 2091
WWGCQA0~