Ziarah Luar Kampus (ZLK 5.0) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Ziarah Luar Kampus (ZLK 5.0)

Ziarah Luar Kampus (ZLK 5.0)

Serdang, 9 Januari 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) bersama UPM International Students Association (UPMISA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UPM) dan Bahagian Kaunseling  (BK UPM) tampil dengan menceriakan dan mengambil berat terhadap mahasiswa-mahasiswi UPM yang tinggal di luar kampus menerusi Ziarah Luar Kampus 5.0 (ZLK 5.0). Seramai 19 orang telah menyertai rombongan ZLK 5.0 diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Ybhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama-sama turun padang menziarah ke rumah pelajar luar kampus pelajar antarabangsa yang terdiri daripada tiga buah negara iaitu Nigeria, Iraq Dan Yaman.

Program ZLK 5.0 ini merupakan hasil kesinambungan program-program kebajikan BHEP UPM bertujuan memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar terjamin. Di samping itu, program ini menggalakkan penyertaan pelajar-pelajar lain bagi memantapkan kemahiran insaniah dalam diri masing-masing. Pihak BHEP juga melalui Bahagian Kaunseling UPM menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan kewangan bagi membantu para pelajar UPM mahir dalam kehidupan bekerjaya.

Yang DiPertua MPP UPM, Muhammad Izzuddin bin Rosli berkata, program ini diadakan untuk menunjukkan pihak UPM sangat mengambil berat terhadap kebajikan pelajar-pelajar di dalam mahupun di luar kampus.

“Ziarah daripada pihak UPM sangat menggembirakan kami dan banyak memberi bantuan daripada segi kemudahan tempat tinggal, sumbangan keperluan harian dan banyak lagi seterusnya meringankan beban kami.’ Kata salah seorang pelajar luar kampus yang menyertai ZLK 5.0.

BHEP UPM memohon supaya pelajar-pelajar terutamanya yang berada di luar kampus untuk mengemas kini maklumat peribadi agar kebajikan para pelajar dapat dipantau dengan sebaiknya. Sementara itu, Ketua Bahagian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, En. Fahmi Azar bin Mistar berkata, Ziarah Luar Kampus merupakan inisiatif yang berterusan daripada pihak BHEP UPM bagi melihat keadaan dan kebajikan pelajar-pelajar Luar Kampus. Kita mempunyai jumlah pelajar yang ramai dan keselamatan mereka keutamaan kami. Di mana sahaja anda berada, BHEP cakna. WE LOVE UPM.

Disediakan Oleh : Faiz Ashraf bin Abdul Rahim

Tarikh Input: 17/01/2019 | Kemaskini: 19/01/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcWAW~