Ziarah Luar Kampus 3.0 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Ziarah Luar Kampus 3.0

Ziarah Luar Kampus 3.0

Terdapat 3 buah rumah pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan WAZAN yang memerlukan bantuan semasa program ini dijalankan. Sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, telur dan barangan dapur yang lain telah diberikan dan juga terdapat 5 orang pelajar menerima tilam daripada BHEP UPM.

Program Ziarah Luar Kampus ini diadakan bagi tujuan untuk membantu pelajar UPM yang tinggal di luar kampus yang memerlukan dan memohon bantuan sari diri. Justeru itu, diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban pelajar tersebut.

Disediakan Oleh : Muhammad Akmal Aiman Samah

Tarikh Input: 31/10/2018 | Kemaskini: 31/10/2018 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdRAC~