UPM Tuan Rumah Fiesta Integriti 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » UPM tuan rumah Fiesta Integriti 2018

UPM tuan rumah Fiesta Integriti 2018

SERDANG , 20 April: Universiti Putra Malaysia (UPM) terpilih menjadi tuan rumah Fiesta Integriti 2018 sempena Ulang Tahun Penubuhan Pelan Integriti Nasional dan dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang berlangsung di Dewan Kolej Pendeta Za’Ba.

Program satu hari itu merupakan penganjuran bersama oleh INTEGRITI dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM yang bertujuan menyemai nilai integriti dalam kalangan mahasiswa di samping memperkenalkan Pelan Integriti Nasional kepada masyarakat umum.

Pelbagai aktiviti yang disusun dan dirancang seperti pameran integriti, Integrity Walk dan Forum Integriti bagi memupuk budaya berintegriti dalam kampus UPM.

 

Kemuncak Fiesta Integriti adalah forum yang mengupas tajuk Melestarikan Ihsan Dalam Mendepani Kehidupan Berintegriti. Panel dalam forum tersebut ialah Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI , Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, dan Exco Siswazah Muda Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun.

Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, menyuarakan rasa perlunya program sedemikian dipergiatkan lagi dalam kampus untuk memartabatkan nilai integriti dalam kalangan mahasiswa.

“UPM berhasrat dalam memperkasakan budaya integriti bukan hanya dalam kalangan mahasiswa malah dalam diri staf bagi menyokong penuh Pelan Integriti Nasional. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) akan menjadi entiti pertama dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam aspirasi kerajaan sejajar dengan Pelan Integriti Nasional, katanya.

Tarikh Input: 30/04/2018 | Kemaskini: 30/04/2018 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcWAA~