UPM Serdang Melakar Kejayaan Di Bumi Bintulu | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » UPM Serdang Melakar Kejayaan Di Bumi Bintulu

UPM Serdang Melakar Kejayaan Di Bumi Bintulu

28 September 2019, Bintulu Sarawak – Kontingen UPM Serdang melakar sejarah buat kali pertama dalam Festival Kesenian Islam 2019 (IFest2019).  UPM Serdang telah memenangi Johan Pertandingan Nasyid Kategori Terbuka melalui Kumpulan PutraNahwan, Johan Pertandingan Nasyid Kategori IPT melalui Kumpulan PutriNahwan dan Johan Tilawah Al-Quran (Qariah) iaitu Saudari Husna Sofea Salim dari K10. 
 
 
Manakala Saudara Zainul Luqman Zainul Ikhwan dari K12 berjaya mendapat Tempat Ketiga Tilawah Al-Quran (Qari).  Kesemua mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2400, piala iringan dan sijil penyertaan.
 
Program anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak ini telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yang berlangsung selama 6 hari dari 23 sehingga 28 September 2019.  Pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya Tilawah Al-Quran, Memanah, Pertandingan Kaligrafi Khat, Pertandingan Nasyid Kontemporari dan Syarahan. 
 
 
Selain daripada itu, Forum Perdana juga telah diadakan sebagai salah satu pengisian pada Majlis Penutup yang telah diadakan pada 28 September 2019.  Antara panel jemputan Forum Perdana adalah Prof. Dato’ Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Naib Canselor UMS) dan Ustaz Elias Ismail, sementara Moderator Jemputan ialah Pencetus Ummah (PU) Azman
 

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 10/10/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcTAt~