Universiti Putra Malaysia Laksanakan Parlimen Kesatuan Pelajar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Universiti Putra Malaysia laksanakan Parlimen Kesatuan Pelajar

Universiti Putra Malaysia laksanakan Parlimen Kesatuan Pelajar

Serdang, 12 Mac 2019 - Parlimen Kesatuan Pelajar merupakan inisiatif Bahagian Hal Ehwal, Pelajar Universiti Putra Malaysia untuk menyediakan landasan latihan kepemimpinan yang lebih baik dengan struktur yang lebih tersusun, melibatkan lebih ramai pemimpin pelajar, melaksanakan pengasingan kuasa yang lebih jelas, melicinkan aliran kerja dan mencipta ruang semak dan imbang selaras dengan cita-cita untuk mempertingkat kualiti dan daya saing graduan sekaligus merintis pelaksanaan Student Unionselari dengan hasrat YB Menteri Pendidikan Malaysia.

Inisiatif ini berhasrat untuk mencapai objektif  menyediakan latihan kepemimpinan politik kepada pemimpin-pemimpin pelajar, melahirkan pemimpin pelajar yang terdedah kepada suasana perdebatan yang meraikan perbezaan dan membudayakan pemikiran yang kritis dalam kalangan pelajar.

 

YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris Bersama Pemimpin Pelajar

Pembukaan Sidang Parlimen Kesatuan Pelajar pada telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Persidangan pertama ini melibatkan 79 perwakilan yang terdiri daripada 45 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang akan bertindak sebagai kumpulan Eksekutif dan 18 orang ahli Jemaah Presiden Majlis Perwakilan Kolej Kediaman dan 16 orang ahli Jemaah Presiden Pesatuan Mahasiswa Fakulti sebagai kumpulan Legislatif.

 

Parlimen Kesatuan Pelajar


Parlimen Kesatuan Pelajar ini akan menjadi titik tolak penting menzahirkan komitmen Universiti menyediakan wadah kepada pelajar untuk kebebasan bersuara, berpolitik dan berpersatuan dalam memperjuangkan hal ehwal pelajar, kebajikan dan akademik.

Oleh : Kamarulnizam Kamal 

Tarikh Input: 09/04/2019 | Kemaskini: 24/04/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUGA0~