TOWN HALL MEETING: GO GREEN & PENGURUSAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » TOWN HALL MEETING: GO GREEN & PENGURUSAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TOWN HALL MEETING: GO GREEN & PENGURUSAN BAS KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 
UPM, 20 Februari 2022 - Telah dianjurkan satu program yang membincangkan Konsep Go Green dalam kampus Universiti Putra Malaysia yang dihadiri seramai 130 orang warga UPM yang terdiri daripada staf dan pelajar-pelajar.
 
En. Nuruliman Ibrahim selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membentangkan dan menjawab soalan yang diajukan oleh moderator Syazwani Zabidi, Sekretariat Pembangunan Komuniti, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Pembentangan tersebut melibatkan matlamat Town Hall Meeting, latar belakang konsep Go Green, pelaksanaan Go Green, cadangan kempen berbasikal dan penelitian semula bilangan bas yang bergerak di kampus serta laluan baharu bas kampus.
Seterusnya ruang untuk mengutarakan pendapat turut dibuka kepada hadirin.
 
 
Antara yang mengutarakan pendapat ialah En. Abdullah Arshad, Prof. Madya Dr. Aminuddin Hassan, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, YDP MPP Muhammad Huzaifi Ismut serta beberapa orang pelajar lain. Seterusnya, Kod QR untuk mengisi borang maklum balas/pandangan/cadangan telah dipaparkan kepada pelajar untuk memberikan input berkenaan konsep Go Green, Program berjalan lancar dan mencapai objektif yang diingini. Diharapkan program sebegini diadakan pada masa akan datang untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan pelajar terhadap sesuatu perkara.
 

Tarikh Input: 07/03/2022 | Kemaskini: 07/03/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdEA2~