Tiada Penemuan NCR & OFI : Audit SIRIM ISMS | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Tiada Penemuan NCR & OFI : Audit SIRIM ISMS

Tiada Penemuan NCR & OFI : Audit SIRIM ISMS

9 Disember 2020, BHEP – Universiti Putra Malaysia telah mengadakan audit QMS dan ISMS secara dalam talian (Remote Audit) oleh pihak SIRIM yang telah dijadualkan pada 30 November 2020 sehingga 10 Disember 2020 yang lalu. Terdapat beberapa PTJ yang tersenarai untuk diaudit bagi kategori QMS dan ISMS.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah antara PTJ yang tersenarai menjalankan audit oleh pihak SIRIM bagi kategori Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013. Skop yang dilihat oleh pihak auditor adalah Proses Pendaftaran Pelajar Baharu untuk sesi 2020/2021. Selain daripada BHEP, PTJ dari Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej Tujuh Belas juga tersenarai untuk turut serta dalam audit oleh pihak SIRIM bagi skop yang sama memandangkan ketiga-ketiga PTJ ini adalah di bawah Pasukan Pendaftaran Pelajar Baharu Prasiswazah Kampus Serdang.

Auditor dari pihak SIRIM iaitu Puan Nur Aisya Mohd Zamri selaku Ketua Auditor ISMS menyatakan perasaan berpuas hati di atas kerjasama yang diberikan oleh ketiga-ketiga PTJ sepanjang sesi pengauditan berlangsung.  Proses pengauditan ini turut dibantu oleh beberapa PTJ lain seperti Bahagian Kemasukan Dan Bahagian Tadbir Urus Akademik, iDEC dan juga pihak CQA.  Hasil daripada proses ini mendapati setiap PTJ telah berjaya mematuhi ciri-ciri keselamatan maklumat yang terkandung dalam Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan tiada sebarang penemuan mahupun ketidakakuran dikenalpasti sepanjang pangauditan berlaku.

Encik Shahriman Hashim Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang juga merangkap Ketua Pasukan menzahirkan ucapan penghargaan kepada PTJ yang terlibat kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan dan persiapan menghadapi audit SIRIM selain mengucapkan tahniah kepada semua di atas kejayaan mengoptimumkan keselamatan ISMS di setiap PTJ yang terlibat.

Tarikh Input: 04/01/2021 | Kemaskini: 06/01/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZOAI~