SUMBANGAN LAPTOP BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KEPADA PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » SUMBANGAN LAPTOP BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KEPADA PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL

SUMBANGAN LAPTOP BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR KEPADA PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) FIZIKAL

 
20 April 2022 - Seorang pelajar OKU Fizikal yang juga merupakan pelajar B40 telah menerima sumbangan Laptop daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang disampaikan oleh Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA), Encik Abdullah Arshad.
Encik Abdullah berpesan agar sentiasa berusaha dan rajin belajar sehingga menamatkan pengajian di UPM.
 
Turut menyaksikan penyerahan komputer riba berkenaan ialah Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Puan Marlinah Muslim, Ketua Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU UPM.
 
Semoga dengan sumbangan komputer riba berkenaan dapat meringankan beban Mohammad Izzamuddin Azuddin yang kini mengikuti pengajian di peringkat Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM kini.
 

Tarikh Input: 21/04/2022 | Kemaskini: 21/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdUAR~