Sumbangan Juadah Berbuka Puasa Oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Sumbangan Juadah berbuka puasa oleh Menteri Besar Incorporated (MBI)

Sumbangan Juadah berbuka puasa oleh Menteri Besar Incorporated (MBI)

SERDANG, 8 MEI – Pada 6 dan 7 Mei 2019, bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini dimeriahkan dengan pemberian sumbangan tajaan juadah berbuka puasa melalui program CSR oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) yang diagihkan di kawasan kolej kediaman UPM. Pada 6 Mei sebanyak 200 bungkus bubur lambuk dan daging Palembang telah diagihkan kepada pelajar di Kolej Mohamad Rashid dan pada 7 Mei pula sebanyak 200 bungkus nasi beriani telah diagihkan di Kolej Kedua. 

 

Suasana di Kolej Mohamad Rashid agihan jamuan berbuka

 

 
200 bungkus bubur lambuk dan daging Palembang telah diagihkan kepada pelajar

 

Pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) juga berbesar hati untuk menaja juadah berbuka puasa secara berterusan selama 20 hari di UPM untuk para pelajar . Pihak BHEP berharap agar sumbangan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban kepada pelajar UPM dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

 

200 bungkus nasi beriani telah diagihkan di Kolej Kedua.

 

Pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) juga berbesar hati untuk menaja juadah berbuka puasa

  

Suasana Di Kolej Kedua, Seramai 200 pelajar menerima Juadah Berbuka

Tarikh Input: 09/05/2019 | Kemaskini: 13/05/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575794019