Simbolik Penyerahan Sumbangan Face Shield Kepada Hospital Tawau | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Simbolik penyerahan sumbangan face shield kepada Hospital Tawau

Simbolik penyerahan sumbangan face shield kepada Hospital Tawau

21 Oktober 2020 - YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman Naib Canselor UPM bersama-sama YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor HEPA UPM telah menyempurnakan sesi simbolik penyerahan sumbangan face shield kepada Hospital Tawau yang diwakili oleh Dr. Pang Chun Shong pada tengahari tadi di Galeri, Bangunan Canselori UPM secara dalam talian.

Sumbangan ini bertujuan memberi kemudahan kepada semua pegawai dan kakitangan kesihatan di Hospital Tawau yang bertindak sebagai frontliner dalam memerangi wabak Covid-19 yang kian meningkat di Sabah.

Program yang mendapat sokongan penuh oleh pihak Pengurusan Universiti ini telah bermula pada 17 Oktober 2020 iaitu beberapa hari selepas UPM mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB.

Seramai 100 orang sukarelawan yang terlibat dan telah menghasilkan sebanyak 1000 unit face shield dalam masa 5 hari yang diketuai oleh Saudari Victoria Nacgee.

Syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan program CSR ini dan semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban para frontliner kita yang bertarung nyawa demi menyelamatkan anak bangsa.

Tarikh Input: 24/10/2020 | Kemaskini: 26/10/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXERHAu~