SIMBOLIK PENYERAHAN BAKAL PENGERUSI SEKRETARIAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » SIMBOLIK PENYERAHAN BAKAL PENGERUSI SEKRETARIAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)

SIMBOLIK PENYERAHAN BAKAL PENGERUSI SEKRETARIAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)

8 November 2021, Pulau Pinang - Universiti Putra Malaysia bakal menyandang portfolio Sektretariat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia MAKUM pada sesi 2022/2023 akan datang.
 
 
Majlis simbolik penyerahan bakal sekretariat itu telah dilaksanakan pada Mesyuarat MAKUM kali ke-101 yang telah diadakan di Pulau Pinang melibatkan kehadiran Ahli MAKUM yang terdiri daripada semua Universiti Awam di Malaysia.
 
 
Penyerahan simbolik portfolio itu telah disempurnakan oleh Pengerusi MAKUM 2020/2021 iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Hendrik bin Lamsali Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM kepada YBhg. Prof. Dr. Arifin bin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM yang bakal menjawat jawatan Pengerusi MAKUM pada sesi 2022/2023.
 
 
YBhg. Prof. TNC HEPA UPM berasa amat terharu dengan penyerahan itu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UUM selaku sekretariat sesi ini kerana telah mengemudi MAKUM dengan jayanya. Beliau berharap agar usahasama dan komitmen padu yang telah ditunjukkan oleh semua Ahli MAKUM selama ini dapat diteruskan bagi merealisasikan impian mencapai cita-cita dalam mempromosikan MAKUM ke peringkat yang lebih tinggi, khusus dalam mencungkil bakat pelajar ke arah kepimpinan budaya seni yang lebih jitu.
 
 
Kebersamaan antara pegawai-pegawai MAKUM adalah penting dan menjadi tunjang utama dalam memperkayakan lagi kejayaan dan pencapaian terutamanya dalam konteks visibiliti, keunikan dan kreadibiliti dalam melonjakkan nama MAKUM pada masa akan datang.
 

Tarikh Input: 09/11/2021 | Kemaskini: 09/11/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZWAG~