9 November 2022, UPM - Satu sesi libat urus pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah diadakan pada hari ini di pejabat
WAZAN UPM. Sesi ini dihadiri oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM bersama ketua-ketua seksyen dari BHEP dengan Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen serta seluruh ketua-ketua seksyen dari WAZAN UPM.
Pelbagai perkara dibincangkan meliputi bantuan, pengurusan zakat dan inisiatif-inisiatif lain yang dapat digerakkan bagi membantu para pelajar yang memerlukan.
Tarikh Input: 09/11/2022 |
Kemaskini: 09/11/2022 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA