SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ADAM FAZERY JEFFRY | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ADAM FAZERY JEFFRY

SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ADAM FAZERY JEFFRY

 
Segamat, 29 Jun 2022 – Jenazah Allahyarham Mohd Adam Fazery Jeffry telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Lubuk Bandan, Jementah Segamat Johor pada jam 6.55 petang. Allahyarham, 29 tahun anak sulong daripada dua beradik merupakan pelajar Ijazah Sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan sedang berada pada semester 6. En. Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM turut meluangkan masa sepanjang hari bersama keluarga Allahyarham bagi memastikan setiap keperluan dan kebajikan mereka diutamakan dengan sebaik mungkin, bermula dari awal proses pengurusan jenazah sehingga ke pengebumian.
 
Nuruliman Ibn Ibrahim berkata, UPM melalui BHEP sentiasa memastikan setiap proses pengurusan jenazah pelajar dilakukan dengan segera, cekap, teratur dan mematuhi semua prosedur.
Katanya lagi, UPM turut memberikan pelbagai Bantuan Prihatin kepada keluarga sebagai inisiatif menjaga kebajikan warganya yang di antaranya adalah Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar sebanyak RM400, Bantuan Kecemasan RM150, Bantuan Khairat Kematian sebanyak RM1,000, Bantuan Tabung Perlindungan Pelajar sebanyak RM9,000, pemulangan kembali Yuran Pengajian Allahyarham sebanyak RM1,500.00 dan semua kos pengurusan jenazah termasuk van jenazah serta penginapan dan makanan keluarga sepanjang berada di UPM.
 
Selain bantuan BHEP, Allahyarham juga merupakan pelajar di bawah bantuan khas Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) WAZAN UPM sejak 2017, ujar beliau.
Seluruh warga kerja BHEP mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohd Adam Fazery Jeffry. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 05/07/2022 | Kemaskini: 05/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcQAs~