Putra Simfoni Buskers Oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Putra Simfoni Buskers oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Putra Simfoni Buskers oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar

 
Putra Simfoni Buskers oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar telah menjadi salah satu tarikan istimewa dalam Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM ke-46. Putra Simfoni Buskers telah diwarnai oleh 6 kumpulan buskers iaitu Insignia dari kolej 12, The Bubinga Buskers dari kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Adrenaline dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Musixband dari Kolej Canselor, Green Bamboos dari Kolej 10, One4Band dari Kolej 14.
 
Terima kasih kepada Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ir. B.T Hang Tuah Baharudin yang turun melawat dan menikmati persembahan serta memberi sumbangan kepada buskers.
 
Jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama menikmati dan meriahkan persembahan buskers oleh pelajar-pelajar UPM yang akan berlangsung sehingga 2 Disember dan berikan sedikit sumbangan sebagai apresiasi kepada buskers kita.
 
 
 

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETLAf~