[12/04/2020] Putra Quality Quarantine | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [12/04/2020] Putra Quality Quarantine

[12/04/2020] Putra Quality Quarantine

SERDANG – Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malaysia Sesi 2019/2020 dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Sukan UPM dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM telah menganjurkan Putra Quality Quarantine pada 30 Mac 2020 sehingga 12 April 2020.

Program ini merupakan aktiviti maya pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kumpulan sasaran adalah melibatkan semua pelajar UPM yang menjalani kuarantin dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kolej kediaman dan di rumah masing-masing.

Muhammad Farhan Roslan yang merupakan pengarah program pula berkata terdapat 8 aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut seperti Video Kreatif, Tiktok ‘UPM Stay Safe’, Ideo Dakwah Santai, E-Sport Ml Open, Hot photypography Creative, UPM Fitness Challenge, Pertandingan Mencipta Slogan dan Tips Penjagaan Kesihatan.

Program seperti ini sedikit sebanyak telah memberi impak kepada pelajar dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi kesihatan mental, emosi dan jasmani; memanfaatkan waktu lapang dengan mempelajari perkara baharu dan kemahiran insaniah baharu serta memanfaatkan informasi ilmiah yang dikongsi oleh para peserta Putra Quality Quarantine.

Ini secara tidak langsung pelajar mampu mengisi masa lapang di rumah atau di kolej dengan kegiatan yang berfaedah dan pada masa yang sama mengelakkan rasa bosan dan kecelaruan emosi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Melalui penganjuran program ini juga, mahasiswa mampu menimba ilmu baharu.

 

Ditulis Oleh ;


Jamrah binti Mat Jusoh 
Pembantu Tadbir (P/O) Kanan
Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar, BHEP

Tarikh Input: 18/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZFAk~