PROGRAM TERAPI SUNNAH KUDA 2022- PERSATUAN MAHASISWA OKU UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM TERAPI SUNNAH KUDA 2022- PERSATUAN MAHASISWA OKU UPM

PROGRAM TERAPI SUNNAH KUDA 2022- PERSATUAN MAHASISWA OKU UPM

 
Serdang, 22 Mei 2022: Persatuan Mahasiswa OKU UPM dengan kerjasama Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah mengajurkan sebuah program kepimpinan melalui semangat kerohanian Terapi Sunnah Kuda 2022 yang bertempat di Pusat Ekuin UPM.
Seramai 20 orang peserta termasuk 6 orang pelajar OKU dan selebihnya Putra Buddies UPM dan beberapa orang pegawai telah menjayakan program tersebut.
 
 
Terdapat 7 aktiviti terapi yang telah dijalankan antaranya Stable Tour, Housemanship, Grooming, Tacking Up, Lead kuda dalam arena, aktiviti menaiki kuda dan memandikan kuda. Sedikit sebanyak aktiviti pada hari ini mampu meningkatkan nilai keyakinan, kepimpinan serta meningkatkan nilai spiritual dalam kalangan diri pelajar dalam mengikuti aktiviti sunnah berkuda.
Turut serta sebagai pemudah cara program pegawai dari Pusat Ekuin iaitu Puan Suzana dan anak beliau Saudara Yusuf yang merupakan atlet sukan kuda tanahair. Banyak teknik dan ilmu yang dikongsikan oleh mereka dan ia sangat bermanfaat bagi penunggang kuda baru.
 
Melalui sukan kuda ini, ia mampu membantu pelajar membina keyakinan diri serta memupuk nilai murni yang patut ada pada seorang pemimpin. Menurut pelajar, program ini amat membantu untuk mengurangi stress yang dialami dengan rutin yang positif. Program ini juga dilihat amat berfaedah dan dapat memberi impak yang tersendiri bagi setiap pelajar. BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 

Tarikh Input: 24/05/2022 | Kemaskini: 24/05/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdUA4~