Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) Oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

 
Seramai 10 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) terpilih dalam laluan khas program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, program ini ditawarkan kepada 10 pelajar daripada keluarga B40 yang cemerlang dan merupakan anak pertama dalam keluarga mereka yang berjaya memasuki universiti di peringkat Bacelor.
 
“UPM akan menyediakan tajaan dan program mentoring untuk memastikan 10 pelajar yang terpilih berjaya dalam pengajian dengan cemerlang dan akan mendapatkan pekerjaan kepada mereka.
“Objektif progam SULUNG ini adalah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk Dermasiswa menyelaras penajaan dan pelaksanaan program bagi membangunkan kapasiti Pembimbing/ Siswa SULUNG, “ katanya pada Majlis Pelancaran Program SULUNG dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
 
Tambah beliau, program SULUNG itu adalah hasil idea Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang menanda aras program “First-in-Family” di United Kingdom dan Australia dan “First Generation College Student” di Amerika Syarikat serta beberapa negara luar lain diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi pertama dalam kalangan keluarga B40 bagi membangunkan potensi mereka agar menjadi pemangkin pembangunan individu dan komuniti.
 
Pada Majlis Pelancaran Program SULUNG dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan KPT, Lembaga Tabung Haji (TH) juga menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada UPM dan 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022.
Dana ini akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA di kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutamanya masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.

Tarikh Input: 01/11/2022 | Kemaskini: 01/11/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcWAe~