PROGRAM JEMPUTAN MAHASISWA ANTARABANGSA KE FORUM OF PAYA BESAR DIALOGUE 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM JEMPUTAN MAHASISWA ANTARABANGSA KE FORUM OF PAYA BESAR DIALOGUE 2022

PROGRAM JEMPUTAN MAHASISWA ANTARABANGSA KE FORUM OF PAYA BESAR DIALOGUE 2022

 
Serdang, 16 Julai 2022 : Seramai 14 orang pelajar antarabangsa yang mewakili pelbagai negara telah terpilih untuk menyertai Program Jemputan Mahasiswa Antarabangsa ke Forum Of Paya Besar Dialogue 2022 yang diadakan di Sungai Lembing, Pahang Darul Makmur. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.
 
YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut hadir bersama-sama Encik Nuruliman Ibn Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk memberi sokongan kepada semua pelajar sebelum bertolak ke Pahang.
YBhg. Prof. juga turut menyampaikan ucapan amanat kepada mereka dan berharap dengan penyertaan ini dapat memberi pendedahan yang baik di samping memberi peluang kepada pelajar antarabangsa UPM mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat di sana.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 20/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZSA1~