[18/06/2020] Program Jejak Luar Kampus Siri 1/2020 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [18/06/2020] Program Jejak Luar Kampus Siri 1/2020

[18/06/2020] Program Jejak Luar Kampus Siri 1/2020

18 Jun 2020, Serdang: Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan program Jejak Luar Kampus Siri 1/2020 di sekitar Seri Kembangan, hari ini. Antara objektif program adalah menjejaki dan menyantuni pelajar-pelajar UPM yang menetap luar kampus sekaligus mendapatkan maklum balas dari mereka berkaitan kebajikan, keselamatan dan sebagainya.

Program yang turut disertai rombongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UPM, Saudara Alif Akmal Omar mengunjungi kediaman tiga orang pelajar UPM iaitu Kamarul Fadzlie Syahir bin Abdullah, Mariani Mohd Dini dan Farhani Syafwani. Semasa kunjungan diadakan, sumbangan berupa bekalan asas diberikan kepada mereka.

Menurut mereka, program seumpama ini amat wajar dilaksanakan kerana mereka juga terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 di negara ini. Mereka juga berharap agar program ini dapat diteruskan bagi memastikan hal ehwal pelajar luar kampus terus diambil perhatian sewajarnya. Berdasarkan rekod, seramai 4,847 pelajar UPM berdaftar sebagai pelajar luar kampus dengan kependudukan tertinggi di kawasan Serdang dan Seri Kembangan, Selangor. 

Oleh itu. BHEP UPM mensasarkan 6 siri program Jejak Luar Kampus pada tahun ini untuk mendekati lebih ramai pelajar luar kampus UPM dengan penglibatan lebih banyak pihak antaranya Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Penduduk dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan.

Tarikh Input: 22/06/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUVAf~