Program Dialog Kepimpinan Antarabangsa Antara Universiti Putra Malaysia Dan Universitas Padjadjaran Indonesia. | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Program Dialog Kepimpinan Antarabangsa antara Universiti Putra Malaysia dan Universitas Padjadjaran Indonesia.

Program Dialog Kepimpinan Antarabangsa antara Universiti Putra Malaysia dan Universitas Padjadjaran Indonesia.

24 Oktober 2020 – MPP UPM sesi 2019/2020 telah menganjurkan Program Dialog Kepimpinan Antarabangsa antara Universiti Putra Malaysia dan Universitas Padjadjaran Indonesia. Program kolaborasi ini diadakan antara Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan Badan Eksekutif Mahasiswa UNPAD yang membincangkan beberapa topik yang berkaitan hal ehwal pelajar dan mahasiswa. Konteks perkongsian merangkumi kebajikan pelajar antara kedua-dua buah institusi, perkara-perkara akademik dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kedua-dua buah universiti.

Program yang dihadiri lebih daripada 150 orang ini diadakan menerusi aplikasi ZOOM secara maya. Turut menghadiri program ini ialah YBrs. Encik Shahriman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM. Beliau telah menzahirkan rasa bangga dengan kedua-kedua badan kepimpinan pelajar dari kedua-dua buah universiti ini yang sangat peka dengan keperluan pelajar di universiti masing-masing terutama dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang amat membimbangkan kini.

Di samping itu, program ini juga menekankan kepada tanggungjawab sosial antara kedua-dua buah universiti dalam melestarikan perkhidmatan pendidikan tinggi kepada komuniti di negara masing-masing. Sebagai mahasiswa pasti mempunyai tanggungjawab sosial dalam mempastikan masyarakat setempat mendapat manfaat. Antara perbincangan yang dikongsikan adalah kepentingan melahirkan insan yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan sedaya upaya membantu serta berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Selain itu, pelajar juga seharusnya bertindak sebagai pemimpin yang mengamalkan konsep hormat menghormati, sayang menyayangi sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

#weloveupm
#kitajagakita
#BerilmuBerbakti
#respectandrepute
#universitaspadjadjaran
#malaysiaindonesia

Tarikh Input: 24/10/2020 | Kemaskini: 24/10/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYNA2~