PROGRAM BICARA KENEGARAAN 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM BICARA KENEGARAAN 2022

PROGRAM BICARA KENEGARAAN 2022

 
[8 September 2022]
Seramai 13 pemimpin pelajar yang terdiri daripada MPP UPM Majlis Perwakilan Kolej, Kelab dan Persatuan UPM telah menghadiri Program Bicara Kenegaraan.
 
Program Bicara Kenegaraan tahun ini merupakan salah satu pengisian program/aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia tahun 2022 Kementerian Pengajian Tinggi dan bertemakan “Malaysia Teguh Bersama: Di Manakah Sumbangan Pendidikan Tinggi?”.
Program Bicara Kenegaraan ini mengetengahkan pemikiran pemimpin pendidikan tinggi terhadap usaha ke arah pembangunan dan peneguhan jati diri sebagai warga Malaysia.
 
Ahli panel yang dijemput terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang yang akan berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing. Program ini menyasarkan penyertaan dari kalangan pemimpin di peringkat Kementerian, IPTA, IPTS di peringkat universiti, politeknik dan kolej komuniti serta agensi KPT yang lain.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 09/09/2022 | Kemaskini: 09/09/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcWAy~