PROGRAM BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

PROGRAM BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

 
Serdang, 14 Julai 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menganjurkan progran Bacaan Ikrar Belia Malaysia Peringkat Universiti Putra Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2022 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra UPM Serdang dan secara sidang video oleh UPM Kampus Bintulu Sarawak.
 
Sambutan ini merupakan salah satu penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara. Program turut didedahkan dengan sesi perkongsian ilmu berkaitan Keserakanan Belia-Dewasa: Penyerlahan Potensi kepada Pembangunan Belia Positif oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pensyarah (Pembangunan Belia) Fakulti Pengajian Pendidikan merangkap Pengetua, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah UPM. Dalam sesi perkongsian tersebut, YBhg. Dr. Mohd Mursyid turut berkongsi berkaitan isu dan cabaran belia, model pembangunan belia, keserakanan belia-dewasa serta pembangunan belia positif.
 
Program seterusnya disusuli oleh bacaan ikrar belia negara oleh pelajar-pelajar UPM yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Muzhaffar Syah Azmi, Setiausaha Agung MPP UPM 21/22. Bacaan ikrar ini dijalankan serentak di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan ianya sebagai usaha menyokong Hari Belia Negara 2022 dan hasrat Kerajaan dalam memacu kecemerlangan belia negara.
 
Turut hadir YBrs. Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Tnc Hepa Upm yang mewakili YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jemaah Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman UPM, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 UPM, Barisan Majlis Perwakilan Kolej UPM, serta belia-belia yang terdiri daripada pelajar UPM.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 20/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZSAY~