Persidangan Parlimen Kesatuan Pelajar Universiti Putra Malaysia Bagi Sesi 2020 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Persidangan Parlimen Kesatuan Pelajar Universiti Putra Malaysia Bagi Sesi 2020

Persidangan Parlimen Kesatuan Pelajar Universiti Putra Malaysia Bagi Sesi 2020

UPM Kampus Serdang, 12 Disember 2020 – Berpegang kepada kaedah platform dalam talian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP),Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan sidang Parlimen Kesatuan Pelajar bagi tahun 2020 dengan jayanya, bermula 9 hingga 12 Disember 2020. Ia merupakan salah satu medan bagi para pemimpin pelajar UPM, kampus Serdang mahupun Bintulu, memperjuangkan keperluan rakan mahasiswa mereka. Sidang ini mempraktikkan sistem Parlimen di Dewan Rakyat Malaysia.

Sidang Parlimen Kesatuan Pelajar kali ini telah memperlihat penyertaan seramai 79 orang pemimpin pelajar, 45 ahli Eksekutif yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan 34 orang Legislatif yang mewakili pelbagai kelab/ persatuan, kolej kediaman dan fakulti di UPM. Speaker Dewan telah dilantik dari kalangan pegawai Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar, BHEP. Persidangan yang telah berlangsung selama 4 hari itu, telah diisi dengan 15 usul yang dibentangkan oleh wakil Eksekutif dan dibahaskan bersama oleh warga Dewan. Sebanyak 8 usul telah diluluskan dengan undian majoriti, 6 diterima dengan pindaan dan satu usul telah ditolak dengan undian majoriti.

Usaha ini mencerminkan initiatif pengurusan Universiti dalam menjaga kebajikan dan keperluan para pelajarnya bermula diperingkat mikro, pelajar itu sendiri. Selain itu, medan ini dapat memupuk semangat keterbukaan dan pemikiran kritis dalam kalangan pemimpin pelajar yang akan mewakili rakan- rakan mahasiswa mereka kearah persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Tarikh Input: 21/12/2020 | Kemaskini: 21/12/2020 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYGAF~