PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN

PERSEDIAAN MENUJU RAMADAN

 
30 Mac 2022, Serdang - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Bhep) Universiti Putra Malaysia hari ini telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Doa Kesejahteraan dan Ceramah Kerohanian yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Nuruliman Ibrahim.
 
Majlis dimulakan pada jam 10:00 pagi tadi secara fizikal dengan memastikan semua SOP sentiasa dipatuhi sepanjang majlis berlangsung.
Majlis ini turut diselitkan dengan pengisian tazkirah bagi mendekatkan semua staf kepada amalan-amalan yang boleh mengimarahkan bulan Ramadan yang sangat dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan harian.
 
 
Majlis ini secara langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua staf, di samping dapat memberi pedoman kepada semua staf BHEP agar sentiasa menjadikan kehidupan dan pekerjaan harian sebagai panduan dan pedoman hidup serta menjadi umat yang memenuhi tuntutan agama dan berakhlak mulia.
 
Di kesempatan ini, barisan staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua warga UPM. Diharap agar kita semua dapat sama-sama mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini.
 

Tarikh Input: 01/04/2022 | Kemaskini: 01/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdNA4~