Perkasa Johor UPM Sertai Misi Menyantuni Mangsa Banjir Monsun Timur Laut 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Perkasa Johor UPM sertai misi menyantuni mangsa banjir monsun timur laut 2022

Perkasa Johor UPM sertai misi menyantuni mangsa banjir monsun timur laut 2022

 
Rantau Panjang, 30 Disember - Persatuan Kebajikan Mahasiswa Johor Universiti Putra Malaysia (Perkasa Johor UPM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah menyertai misi sukarelawan Prihatin Rantau Panjang, Kelantan selama 3 hari bermula dari 30 Disember - 1 Januari 2023.
 
Seramai 40 pelajar yang merupakan ahli Persatuan Kebajikan Mahasiswa Johor UPM menyertai misi ini telah memulakan perjalanan dari UPM pada jam 10 pagi dan dijangka tiba sekitar jam 6 petang dengan diiringi 3 pegawai bagi membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan perkampungan Gual Nering dan Gual Sitok, Rantau Panjang.
 
BHEP UPM turut bekerjasama dengan pihak Nasyrul Quran Putrajaya dalam menjayakan pelaksanaan sumbangan 500 naskah mushaf alquran untuk diedarkan di masjid, surau dan pusat tahfiz di sekitar daerah tersebut.
 
Selain daripada itu, Perkasa Johor UPM turut menyediakan Kotak Rezeki Mahasiswa Johor (KRMJ) yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Pusat Asnaf Rantau Panjang.
Inisiatif lain yang akan dijalankan adalah menziarahi keluarga pelajar UPM di sekitar Rantau Panjang, Wakaf Bharu dan Pasir Mas.
 
Misi selama 3 hari ini turut disertai oleh En. Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM yang juga merupakan Penasihat Perkasa Johor UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 11/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaEA0~