PERKASA JOHOR UPM ANJUR KASIH RAMADAN 2.0 SANTUNI ANAK YATIM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PERKASA JOHOR UPM ANJUR KASIH RAMADAN 2.0 SANTUNI ANAK YATIM

PERKASA JOHOR UPM ANJUR KASIH RAMADAN 2.0 SANTUNI ANAK YATIM

 
Banting, 24 April 2022 - Persatuan Kebajikan Mahasiswa Negeri Johor (PERKASA JOHOR UPM) telah mengadakan Program Kasih Ramadan 2.0 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Yayasan Pelajaran Johor yang bertempat di Pertubuhan Rumah Anak Yatim/Miskin Daerah Kuala Langat, Banting, Selangor.
 
En. Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM merangkap Penasihat PERKASA JOHOR UPM telah sudi meluangkan masa merasmikan program tersebut.
Turut hadir dalam program tersebut ialah En Yun Hanimi Bin Hj Yunus Setiausaha Agung PEYATIM merangkap Pengerusi Rumah Penyayang Bestari Kg Sg Buaya dan Puan Norlin Abdul Samad, Pengurus Pertubuhan Rumah Anak Yatim/Miskin Daerah Kuala Langat.
 
 
Dalam ucapan perasmian program tersebut, En Nuruliman Ibn Ibrahim berharap agar program ini dapat mencapai objektifnya iaitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa Johor di Universiti Putra Malaysia dan anak-anak daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim/Miskin Daerah Kuala Langat selaras dengan matlamat ketiga UPM iaitu Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri dan Masyarakat.
 
Beliau turut mengingatkan mahasiswa untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintah-NYA serta menghindari segala larangan-NYA.
Tidak lupa juga saudari Humairatul Huda binti Sudarman yang merupakan Pengarah Program Kasih Ramadan 2.0 telah menyatakan hasrat beliau agar program sebegini dapat memberi manfaat kepada mahasiswa Johor di UPM yang terlibat sama dengan program ini.
Sesi ramah mesra bersama anak-anak yatim ini merupakan sebuah usaha yang terpuji kerana selain menggembirakan hati mereka, mahasiswa juga berpeluang untuk berbakti kepada komuniti setempat.
 

Tarikh Input: 09/05/2022 | Kemaskini: 09/05/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXESKAo~