PERJUMPAAN KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR BERSAMA STAF & MAJLIS APRESIASI EN. SHAHRIMAN DAN CIK PAVITHRA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PERJUMPAAN KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR BERSAMA STAF & MAJLIS APRESIASI EN. SHAHRIMAN DAN CIK PAVITHRA

PERJUMPAAN KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR BERSAMA STAF & MAJLIS APRESIASI EN. SHAHRIMAN DAN CIK PAVITHRA

 
Pada 17 Februari 2022 telah berlangsung perjumpaan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Nuruliman Ibrahim bersama Staf serta Majlis Apresiasi En. Shahriman dan Cik. Pavithra.
Dalam sesi perjumpaan bersama staf, En. Nuruliman Ibarhim menasihatkan agar sentiasa baiki niat dalam bekerja dan setiap kerja yang dilakukan itu hendaklah bersungguh-sungguh dan patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
 
Di samping itu, majlis apresiasi ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada En. Shahriman Hashim yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPM kini telah berpindah ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi.
Begitu juga dengan Cik. Pavithra yang sebelum ini berkhidmat di Seksyen Pengurusan Aktiviti sebagai Pegawai Eksekutif 3 dan telah mendapat lantikan tetap sebagai Pegawai Tadbir serta kini bertugas di Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.
 
 
 
Terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Tarikh Input: 21/02/2022 | Kemaskini: 21/02/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUXAc~