PENYERAHAN SUMBANGAN BUNGKUSAN MAKANAN DARIPADA BERJAYA CARES FOUNDATION & KOPERASI ANGKATAN WANITA BERSATU KUALA LUMPUR BERHAD (KOOPNITA) KEPADA KOLEJ KEDIAMAN UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PENYERAHAN SUMBANGAN BUNGKUSAN MAKANAN DARIPADA BERJAYA CARES FOUNDATION & KOPERASI ANGKATAN WANITA BERSATU KUALA LUMPUR BERHAD (KOOPNITA) KEPADA KOLEJ KEDIAMAN UPM

PENYERAHAN SUMBANGAN BUNGKUSAN MAKANAN DARIPADA BERJAYA CARES FOUNDATION & KOPERASI ANGKATAN WANITA BERSATU KUALA LUMPUR BERHAD (KOOPNITA) KEPADA KOLEJ KEDIAMAN UPM

 
UPM, 19 Januari 2022 – Penyerahan sumbangan bungkusan makanan yang diberikan oleh Berjaya Cares Foundation & Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA) telah berlangsung di Kolej Pendeta Za’ba yang diserahkan sendiri oleh En. Shahfuan Azizan Pegawai Eksekutif Seksyen Pengurusan Kebajikan mewakili Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM kepada Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid, Pengetua Kolej Pendeta Za'ba.
 
Sumbangan bungkusan makanan telah diberikan kepada kolej tersebut untuk diserahkan kepada pelajar B40 yang memerlukan dan akan diberikan kepada setiap kolej kediaman secara berperingkat.
Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban pelajar dalam menjalani kehidupan di kampus.

Tarikh Input: 21/01/2022 | Kemaskini: 21/01/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdXAj~