PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA

PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA

 
Serdang, 25 April 2022 — Seramai 5 orang pelajar UPM telah menerima peranti iaitu komputer riba sumbangan Yayasan Bursa Malaysia. Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membuat penyerahan kepada para pelajar. Turut bersama adalah Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran HEPA dan Puan Shamilah Samian, Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan semasa sesi penyerahan tersebut.
 
Nurul Azwanieza Mohd Azlan, Nur Shahira Atiqah Halim, Jilum Ngu, Seridawani Ibrahim dan Nur Sabrina Samsuri amat gembira dengan sumbangan ini lebih-lebih lagi kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Mereka amat bersyukur kerana kini mereka boleh menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan akademik dengan lebih mudah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Bursa Malaysia atas sumbangan yang diberikan kepada para pelajar UPM yang amat memerlukan.
 

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 27/04/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZVAN~