PENGHANTARAN PULANG PELAJAR FASA 2 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PENGHANTARAN PULANG PELAJAR FASA 2

PENGHANTARAN PULANG PELAJAR FASA 2

Serdang, 27 Julai - Hari ini merupakan hari pertama bagi pergerakan pulang pelajar UPM Fasa II ke kampung halaman masing-masing yang dijadualkan sepanjang 12 hari bermula 27 Julai hingga 7 Ogos 2021.
 
 
Dimulakan dengan pergerakan pelajar ke Zon Utara iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dari 27 Julai hingga 29 Julai dengan penghantaran 156 pelajar ke negeri Perak terlebih dahulu pada hari ini.
YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM pagi ini berkesempatan meluangkan masa menyempurnakan simbolik ringkas pelepasan konvoi tujuh buah bas UPM di perkarangan Dewan Besar, PKKSSAAS UPM.
 
 
Turut hadir, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA), En. Shahriman Hashim Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA dan Prof. Dr. Aminuddin Hassan, Pengetua KTDI. Simbolik ringkas pelepasan tersebut dimulakan dengan bacaan doa keselamatan serta kesejahteraan yang dipimpin oleh Ketua BHEP, En. Nuruliman Ibn Ibrahim.
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang kepada semua pelajar dengan pesanan agar menggunakan kesempatan yang ada untuk bersungguh-sungguh berbakti kepada keluarga. Di samping itu semua pelajar sentiasa diingatkan untuk kekal mematuhi SOP, di mana sahaja berada.
 
Lindung diri. Lindung keluarga.
 
 

Tarikh Input: 28/07/2021 | Kemaskini: 27/08/2021 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEXWA0~