PENGHANTARAN PELAJAR JOHOR BALIK MENGUNDI | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PENGHANTARAN PELAJAR JOHOR BALIK MENGUNDI

PENGHANTARAN PELAJAR JOHOR BALIK MENGUNDI

 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM telah menghantar pulang 41 pelajar UPM bagi program ‘Jom Balik Mengundi’ sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor yang akan dijalankan pada 12 Mac ini.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Nuruliman Ibrahim berkata inisiatif ini adalah sejajar dengan hasrat Naratif Naib Canselor Tahun 2022 bagi melahirkan pelajar sebagai sosok warganegara yang baik dan UPM berperanan menyediakan pelajar yang matang dan berketerampilan dalam sudut pandangan politik susulan perlaksanaan Undi18.
 
“BHEP telah menyediakan bas kepada pelajar UPM untuk pergi dan balik untuk PRN di Johor dan saya berharap agar pelajar UPM mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19,” katanya.
Tambah beliau, UPM turut memberikan kit ujian kendiri COVID-19 kepada pelajar dan diwajibkan untuk pelajar untuk melakukan ujian tersebut sebelum pulang mengundi dan semasa kembali ke kampus.
“Jika berlakunya gejala kepada pelajar selepas pengundian, BHEP akan memastikan pelajar dikuarantinkan di kediaman masing-masing untuk mengelakkan jangkitan di sekitar kolej kediaman,” katanya.
 
Sementara itu, pergerakan bas ke Johor itu telah bermula di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM serta setiap hentian bas kolej kediaman UPM.

Tarikh Input: 15/03/2022 | Kemaskini: 15/03/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdPAB~