Pengaktifan Semula Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pengaktifan Semula Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM

Pengaktifan Semula Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM

UPM Serdang: Bilik Operasi Kolej Kediaman UPM diaktifkan semula susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini. Waktu operasi Bilik Operasi ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.

Bilik Operasi ini yang terletak di Kolej Pendeta Za’ba, UPM telah beroperasi sejak Perintah Kawalan diumumkan pada 18 Mac 2020 dan tamat operasinya pada 31 Ogos 2020.

Walau bagaimanapun, Bilik Operasi ini diaktifkan semula pada 14 Oktober 2020 berikutan pengumumum PKPB oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tujuan utama pembukaannya adalah untuk memastikan kebajikan pelajar yang masih berada di dalam kampus terjamin dan terpelihara. Di samping itu, Bilik Operasi ini turut menguruskan sumbangan daripada pihak luar, dan seterusnya mengagihkannya kepada pelajar di semua kolej kediaman.

Petugas-petugas di Bilik Operasi ketika ini terdiri daripada pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Perwakilan Kolej Kediaman.

Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 30/10/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaAAb~