[12/01/2020] Pemilihan Pencalonan Anugerah Putra Ikon | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [12/01/2020] Pemilihan Pencalonan Anugerah Putra Ikon

[12/01/2020] Pemilihan Pencalonan Anugerah Putra Ikon


Sesi Fotografi bersama Ybhg Prof TNC(HEPA)

Putrajaya, 12 Jan 2020 - Bengkel Pemilihan Pencalonan Anugerah Putra Ikon dan Anugerah Tokoh Siswa untuk sesi 2018/2019 telah selesai dengan jayanya.

Sebanyak 139 permohonan diterima dan 68 permohonan yang berjaya ke peringkat seterusnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemohon.

 Ketua Pentadbiran HEPA mengulas Pemarkahan Putra Ikon 

 

Pihak BHEP akan menghubungi calon-calon yang layak untuk tindakan selanjutnya.

Dikesempatan ini pihak BHEP ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, TNC HEPA UPM atas sokongan padu dalam menjayakan bengkel ini. Tidak lupa kepada semua panel penilai yang telah bertungkus lumus selama 2 hari menilai dan meneliti setiap borang permohonan yang diterima.

 

Panel sedang membuat penilaian pada calon-calon

 

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal menerima anugerah-anugerah yang dipertandingkan untuk Anugerah Tokoh Siswa @kempendidikan dan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Putra Ikon peringkat UPM yang akan diadakan pada 13 Februari 2020 ini.

@uniputramalaysia
#weloveupm

 

Ditulis Oleh Adidi Tamin

Tarikh Input: 01/02/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUBA1~