PEMENTASAN TEATER “PESTA BAKAT RIMBA”DARI KELAB PENGGIAT TEATER SEJAGAT SEMPENA PERTANDINGAN PROSENIUM TEATER KEPENGGUNAAN UNIVERSITI AWAM MAKUM 2022 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PEMENTASAN TEATER “PESTA BAKAT RIMBA”DARI KELAB PENGGIAT TEATER SEJAGAT SEMPENA PERTANDINGAN PROSENIUM TEATER KEPENGGUNAAN UNIVERSITI AWAM MAKUM 2022

PEMENTASAN TEATER “PESTA BAKAT RIMBA”DARI KELAB PENGGIAT TEATER SEJAGAT SEMPENA PERTANDINGAN PROSENIUM TEATER KEPENGGUNAAN UNIVERSITI AWAM MAKUM 2022

 
Serdang, 16 Ogos 2022 : Kelab Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mewakili UPM dalam Pertandingan Prosenium Teater Kepenggunaan Universiti Awam MAKUM 2022. Produksi PENTAS telah mementaskan naskhah yang bertajuk “Pesta Bakat Rimba” hasil nukilan Azwan Azhari (Alumni UPM) dan telah diadakan di Panggung Percubaan PKKSSAAS.
 
Seramai lebih kurang 400 orang penonton dari pelbagai institusi hadir menyaksikan teater ini antaranya dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokasional Sepang, Pelajar Asasi Sains Pertanian UPM, Para Alumni dan Penggiat Teater di sekitar Lembah Klang.
Konsep teater yang dipersembahkan pada kali ini telah mengupas isu-isu semasa berkaitan pemeliharaan alam sekitar yang kini semakin tidak diendahkan sehingga banyak membawa kemudaratan sebagai contoh banjir, tanah runtuh, sampah sarap dan sebagainya. Pengarah teater iaitu Saudara Hazmin Hazman berjaya mengolah naskhah ini dengan baik dan mudah difahami menerusi garapan muzikal iaitu lakonan dan nyanyian.
 
Turut hadir pada malam pementasan iailah Encik Abdullah Arshad Ketua Pentadbiran Pejabat TNC HEPA, Encik Adidi Tamin sebagai Setiausaha Sekretariat MAKUM, Encik Muslimun Bin Md Yusof wakil dari KPDNHEP dan Puan Siti Syarina Abdul Khalid wakil UKM selaku penganjur.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 01/09/2022 | Kemaskini: 01/09/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETLAA~