Pelajar Dan Staff UPM Bantu Barisan Hadapan Menangani COVID-19 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pelajar dan Staff UPM Bantu Barisan Hadapan Menangani COVID-19

Pelajar dan Staff UPM Bantu Barisan Hadapan Menangani COVID-19

SERDANG, 22 Januari 2021 - Seramai 60 orang pelajar dan 15 orang staf UPM terlibat dalam Misi Sukarelawan KPT-UPM (PKRC) 2.0 bagi memasang 700 buah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 pada 16 Januari yang lalu. Kerja pemasangan semua katil itu bagi menempatkan pesakit Covid-19 warga Malaysia yang berkeluarga.

Misi kesukarelawanan ini telah menyuntik rasa tanggungjawab dan prihatin kepada mahasiswa dalam bersama-sama berganding bahu meringankan beban petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19,  kata Muhammad Iqbal Mohd Nasir, sukarelawan yang merupakan pelajar daripada Jurusan Bacelor Sains Pertanian, UPM. Muhammad Iqbal menambah,  Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang digunakan sepanjang misi ini berlangsung adalah sangat ketat dan menyakinkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Turut dilihat, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang hadir meninjau persiapan dewan tersebut, beliau berbesar hati dan memuji usaha murni yang dilakukan oleh pelajar dan staf Universiti Putra Malaysia.

Dewan ini turut dilengkapi dengan pelbagai fasitliti moden termasuk surau, taman permainan kanak-kanak, pantri, tandas, gimnasium dan jaringan liputan internet yang memuaskan telah diaktifkan semula pada 19 Januari 2021 bagi menempatkan pesakit Covid 19 dalam menangani jangkitan menular.

Menurut Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM, ‘’Pada awalnya, pasukan sukarelawan pelajar UPM seramai 160 orang pelajar sepatutnya bergerak ke Pahang bagi misi bantuan banjir di Chenor dan Sungai Lembing. Namun demikian, rancangan misi tersebut terpaksa dibatalkan berikutan arahan terkini yang tidak membenarkan sukarelawan daripada negeri PKP’’.

Tarikh Input: 22/01/2021 | Kemaskini: 22/01/2021 | msahrizan

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUHAP~