PBSM WPKL SUMBANG MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PELAJAR UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PBSM WPKL SUMBANG MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PELAJAR UPM

PBSM WPKL SUMBANG MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PELAJAR UPM

 
Serdang, 20 Ogos 2021 - Menyedari ramai pelajar yang terkesan rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilaksanakan akibat penularan COVID-19, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) WP Kuala Lumpur pada 16 Ogos telah menyumbangkan 2,500 unit makanan dalam tin dan 1,500 unit minuman kotak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13,000.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Fathul Rahman Mohamad Amin, Pengerusi Jawatankuasa Logistik PBSM WPKL untuk dibawa ke Putra Food Bank UPM sebelum diagihkan kepada para pelajar yang memerlukan.
 
Fathul Rahman berkata, inisiatif ini diusahakan bagi menyemarakkan lagi komitmen penyaluran produk makanan siap daripada para penyumbang kepada bakal penerima yang sangat memerlukan.
Turut hadir ialah En. Zulkifli Ibrahim mewakili Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM serta Sdra. Farhan Fansuri dan Muhammad Firdaus Noh mewakili Majlis Perwakilan Pelajar UPM.
 
 
Seterusnya sumbangan tersebut telah diagihkan ke kolej-kolej mulai semalam dan hari ini untuk dimanfaatkan oleh para pelajar. Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, En. Nuruliman Ibn Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PBSM WPKL dan semua yang terlibat. Walau pun dalam tempoh cuti semester pada masa ini terdapat 1,212 orang pelajar yang sedang menginap di kolej-kolej kediaman dan 230 orang pelajar lagi berada di luar kampus sekitar Serdang.
 
Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan, bolehlah menghubungi Hotline BHEP di talian 0102613901 sebelum menghantarnya ke Putra Food Bank UPM. "Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang pula, anda amat dialu-alukan melayari http://hep.upm.edu.my/putra_bakti-3851?L=bm untuk mendapatkan maklumat lanjut" katanya.
 

Tarikh Input: 24/08/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETLAf~