Pasukan Paintball BHEP Pamer Aksi Bergaya | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pasukan Paintball BHEP Pamer Aksi Bergaya

Pasukan Paintball BHEP Pamer Aksi Bergaya

25 Ogos 2020, UPM Serdang: Pasukan Paintball Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) mempamerkan aksi cemerlang apabila menang dalam perlawanan persahabatan menentang Pasukan Paintball Pilhan Pelajar UPM sempena Majlis Perasmian Putra Paintball Park anjuran Pusat Sukan dan BHEP di sini.

Pasukan yang terdiri daripada kakitangan BHEP iaitu En. Mohamed Shukri Mohamed Noor, En. Mohd. Shahrul Aziwan Md Isa dan En Razali Osman adalah antara pasukan yang dijemput untuk pertunjukan perlawanan persahabatan dalam majlis ini bersama-sama dengan tiga lagi pasukan lain iaitu Pasukan UPM A, Pasukan UPM B dan Pasukan Media.

Majlis ini juga menyaksikan pelancaran pasukan rasmi paintball UPM dengan gelaran “Putra Vanguard” yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman.

Dengan perasmian Putra Paintball Park yang mematuhi piawaian antarabangsa ini, beberapa siri pertandingan akan diadakan bagi menarik minat warga UPM dan komuniti sekitar terhadap sukan ini sekaligus berupaya menjadikan UPM sebagai hub utama sukan paintball ini suatu hari nanti.

Tarikh Input: 03/09/2020 | Kemaskini: 03/09/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdEAS~