Nahwan Nur @ Komuniti Di Sabah | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Nahwan Nur @ Komuniti di Sabah

Nahwan Nur @ Komuniti di Sabah

10 Ogos 2018, Semporna, Sabah - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Nahwan Nur UPM telah dengan jayanya mengadakan program Nahwan Nur @ Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna Sabah.

Program ini diadakan bertujuan mempromosikan UPM kepada semua pelajar Tingkatan Lima di sekolah itu yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi dan sekaligus menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah. Kehadiran delegasi UPM ini memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar memahami dan mengetahui secara dekat bagaimana untuk meneruskan pembelajaran di UPM.

Program yang diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Pengetua Puan Hajah Gambalidah Haji Mohd Jahiri yang turut menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak UPM hadir untuk sama-sama berkongsi ilmu kepada anak-anak di Semporna.

Adik-adik di sekolah ini juga turut diberikan ceramah motivasi "Personaliti Pelajar Cemerlang" yang disampaikan oleh Encik Abdul Hadi Samsi. Serba sedikit membantu semua pelajar mempraktikkan nilai-nilai kemahiran insaniah yang penting untuk bergelar mahasiswa seterusnya berjaya dengan segulung ijazah. Ternyata input yang diberikan sangat bermakna dan memberi teladan terbaik kepada pelajar di sini.

Selain daripada mempromosikan UPM. Program ini juga turut mempromosikan Nahwan Nur sebagai Artis Nasyid Tanah Air kelahiran UPM. Kumpulan ini juga sempat menghiburkan para hadirin dengan beberapa buah lagu daripada album Dia Ada yang masih lagi dalam rangka promosi. Nahwan Nur juga bakal melancarkan video klip kedua selepas Dia Ada iaitu Hawa Khatulistiwa yang telahpun selesai menjalani rakaman di sekitar Semporna. Kepada semua peminat nantikan pelancaran video ini dan teruskan memberi sokongan kepada Nahwan Nur.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 11/09/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEULAP~