Mohammad Izzuddin Rosli Dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2018/2019 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Mohammad Izzuddin Rosli dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2018/2019

Mohammad Izzuddin Rosli dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2018/2019

SERDANG, 10 Disember – Pelajar Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Mohammad Izzuddin dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Sesi 2018/2019 di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam.

Majlis disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr Mohd. Roslan Sulaiman; Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Fahmi Azar Mistar dan Pegawai Universiti yang lain.

Selain itu, Naib Yang Dipertua MPP UPM, Mohd Hafizudeen Mohd Zaidi; Setiausaha Agung MPP UPM, Iffa Nadhira Mohd Hazanol; dan Bendahari Kehormat MPP UPM, Chow Heng Yee, turut menerima watikah pelantikan masing-masing.

Majlis itu turut menyaksikan bacaan ikrar oleh 45 pelajar ahli MPP yang juga barisan kepimpinan baharu MPP UPM Sesi 2018/2019.

Sementara itu, majlis turut meraikan sumbangan ahli MPP UPM Sesi 2017/2018 yang menjadi wadah proaktif kepada pihak pentadbiran universiti dalam menjaga serta membangunkan kebajikan pelajar pada sesi pengajian tahun lalu.

Disediakan oleh: Suzana binti Mior Mohamad Dwaz

Tarikh Input: 10/01/2019 | Kemaskini: 19/01/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1568807402